Istilah penternakan arnab

Ø Doe = Arnab betina
Ø Buck = Arnab jantan
Ø Dam = Induk betina
Ø Sire = Induk pejantan
Ø Breeder = Mengahwinkan arnab
Ø Testing = Ujian kehamilan
Ø Nesting = Kotak rumput kering
Ø gestation period = Tempoh kehamilan
Ø weaning = Ceria susu
Ø Nest box = Kotak anak/ kotak kelahiran

Tuesday, March 23, 2010

Pengurusan Bersistem

Pengurusan yang bersistematik dalam dunia penternakan merupakan faktor utama dalam merealisasikan dunia penternakan yang berkualiti. Samada ianya berkonsepkan penternakan hobi, komersial enterprise atau industri semuanya perlukan kawalselia yang baik.
Bermula dari memasang cita-cita ingin memiliki arnab, menyediakan kemudahan pemeliharaan, pemilihan baka, penjagaan kesihatan dan pemakanan, pengeluaran produk serta pemasaran. Langkah tersusun dapat menjamin kejayaan.

Saturday, March 13, 2010

Pengurusan Ternakan Arnab

Arnab merupakan sejenis haiwan eksotik yang pada asalnya hidup dipersekitaran bebas di kawasan beriklim sederhana. Bagaimanapun dunia kehidupan arnab telah mula berubah sejak berabad lama. Penghijrahan keseluruh pelusuk dunia samada terjadi secara tradisional atau secara perdagangan.Arnab diternak di seluruh dunia untuk pelbagai kegunaan. Di Eropah dan Asia, arnab diternak sebagai sebahagian makanan yang penting, tetapi di Amerika Syarikat, arnab diternak lebih kepada tujuan selain makanan. Arnab menghasilkan daging putih yang halus, tinggi protein, rendah lemak, sangat lazat dan disajikan dengan pelbagai rezipi yang menyelerakan. Badan arnab hanya mempunyai 20 tulang. Arnab juga boleh diternak untuk untuk kegunaan penyelidikan, perubatan, pakaian dan hiasan. Kulit arnab berkualiti tinggi yang digunakan dalam pakaian dan hiasan bulu. Setengah-setengah orang memelihara arnab sebagai haiwan kesayangan untuk mengisi masa lapang serta menyertai pertandingan kecantikan.

Edisi Pemakanan

Anak arnab

Susu ibu merupakan diet utama bagi anak arnab sejak mula lahir hingga berumur 3 minggu.Untuk tempoh beberapa hari pertama, kandungan antibodi amat tinggi dalam susu ibu. Kandungan anti bodi yang tinggi amat bermanfaat untuk melindungi anak arnab dari sebarang penyakit. Selepas umor 3 minggu, anak-anak arnab akan mulai belajar mengigit sumber pepejal seperti pelet, jerami kering. Pada usia 7 minggu, anak-anak arnab akan mulai memakan sumber pepejal tanpa had serta sedikit susu ibu. Kebiasaannya, anak arnab berumur 8 minggu akan dipisahkan dari ibunya. Pemisahan ini dipanggil cerai susu. Namun demikian ianya bergantung kepada jenis baka.

Edisi Minuman

Air minuman

Pemberian air minuman yang paling berkesan ialah sistem automatik (sistem puting), bagaimanapun, sistem tradisional masih lagi relevan. Sistem ini amat berkesan kerana bekalan air akan sentiasa dalam keadaan bersih dan sedia untuk tempoh 24 jam. Kebersihan air minuman amat penting untuk tumbesaran dan kawalan penyakit arnab. Pemberian ubatan dan multivitamin mudah dilakukan melalui sistem ini.

Terdapat dua sistem yang diamalkan oleh ramai penternak. Sistem pertama ialah menggunakan kaedah sumber air berpusat dan kedua sumber air berasingan.

Sistem air berpusat.
Bagi sistem sumber air berpusat, satu tangki air disediakan untuk menyalurkan air ke semua reban atau sel samada dalam satu bangsal atau bangsal berasingan. Setiap sel akan disediakan dengan satu puting logam automatik. Kos sistem ini agak tinggi, bagaimanapun, amat praktikal untuk kegunaan dalam tempoh yang panjang. Kelebihan menggunakan sistem ini ialah, kurang penggunaan tanaga buruh, menjimatkan masa, produktiviti dapat ditingkatkan. Kelemahan, kos permulaan yang tinggi, kaedah alternatif perlu dilakukan jika terpaksa memberi ubat-ubatan, multivitamin serta elektrolit tambahan untuk sel-sel yang dipilih.



Sistem air berasingan.

Sistem sumber air berasingan merupakan satu sistem alternatif di mana, setiap reban atau sel disediakan dengan satu botol air minuman berputing automatik. Kuantiti air yang dibekalkan adalah bergantung kepada saiz botol yang disediakan. Saiz setiap botol hendaklah boleh menampung air untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam. Bagaimanapun, pemantauan perlu dibuat bagi memastikan sumber air sentiasa ada dan mencukupi untuk sepanjang tempoh ini. Amaran!, Arnab akan meminum lebih banyak air pada hari panas dan kering. Kos sistem ini agak tinggi, bagaimanapun, amat praktikal untuk kegunaan dalam tempoh yang panjang. Kelebihan, memudahkan urusan pemberian air, mudah untuk memberikan ubat-ubatan, multivitamin serta elektrolit tambahan untuk sel-sel yang dipilih. Kelemahan, kos permulaan yang agak tinggi, berpotensi terputus bekalan air (puting tidak berfungsi atau arnab meminum lebih banyak air terutama waktu panas dan kering), botol-botol perlu dicuci untuk tempoh beberapa hari digunakan. Sistem ini amat praktikal untuk kegunaan ternakan hobi dan komersial.

Sistem air yang tradisional.
Sistem ini menggunakan bekas-bekas logam, bekas-bekas plastik guna semula serta bekas tembikar. Kesemua bekas ini amat murah serta mudah diperolehi. Ianya diamalkan oleh penternak tradisional. Banyak kelemahan menggunakan sistem ini, terutama bekalan air cepat menjadi kotor kerana sisa kotoran seperti najis, sisa makanan serta air kencing dengan mudah dapat memasuki bekas makanan. Kawalan dan rawatan penyakit sukar dilaksanakan. Pemantauan perlu dilakukan. Bekalan air bersih tidak mampu bertahan untuk tempoh 24 jam. Pengisian semula air perlu dilakukan sebaik sahaja kotoran dikesan dalam bekas minuman. Potensi arnab menterbalikkan bekas air amatlah tinggi.